ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Video Intipan

Views

Bila lihat model Saga semasa berada bersebelahan dengan Saga facelift 2019 di jalan raya, terasa model yang akan dilancarkan tidak lama lagi nampak jauh lebih premium. Masih dalam mod penyamaran, unit ujian yang dirakam oleh Fathullah Shaily di sekitar Seksyen 26, Shah Alam ini, membuktikan kesungguhan Proton untuk menaik taraf model semasa.

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

Rekaan rim baharu walaupun masih disembunyikan, tetapi berjaya memperdaya pandangan visual seolah-olah saiznya lebih besar, sedangkan ia masih lagi sama. Bila kita lihat panel meter Saga milik perakam video dan bandingkan dengan imej-imej yang bocor sebelum ini, memang Saga facelift 2019 berada ’50 langkah ke depan’. Bukan nak puji melambung atau membodek, tapi anda boleh nilaikannya sendiri.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Itu belum masuk bab unit audio/infohiburan dengan rekaan terapung dan penukaran transmisi daripada CVT kepada 4-kelajuan automatik lagi. Nampaknya Proton mendengar segala maklum balas pemilik sedia ada dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Buat masa ini masih belum kelihatan tanda-tanda pelancarannya dalam bulan Julai seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Menurut info yang kami perolehi sebelum ini, mengikut jangkaan Saga facelift 2019 bakal dilancarkan pada bulan Ogos, itu pun jika tiada sebarang penundaan. Kepada yang berminat tu, anda perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply