ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli Isuzu D-Max dan menangi pakej percutian idaman

Berita Tempatan

Views

Memiliki Isuzu D-Max menjadi satu pengalaman yang sangat memuaskan buat pemiliknya. Bukan sahaja tahap penjimatan bahan api malah ketahanannya juga memang luar biasa. Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, dengan Isuzu D-Max anda akan memiliki sebuah kenderaan yang ideal bukan hanya untuk pekerjaan, tetapi juga untuk percutian.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift ‘terdedah’ di lokasi penggambaran iklan

Dengan ini, Isuzu Malaysia ingin menawarkan 10 pelanggan bertuah peluang untuk mengalami sendiri percutian idaman melalui peraduan “Win an Adventure of a Lifetime” bersama Isuzu. Pemenang hadiah utama akan menikmati percutian 10-hari untuk dua orang dengan penerbangan kelas perniagaan ke Iceland.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Dua pemenang untuk hadiah pertama pula akan menikmati percutian 9-hari/7-malam untuk dua orang ke Greece. Sementara dua pemenang hadiah kedua pula akan berpeluang bercuti selama 9-hari/7-malam untuk dua orang ke Turki. Bagi pemenang lima hadiah istimewa pula, mereka akan terbang bersama pasangan untuk perjalanan 8-hari/6-malam ke Korea. Semua pemenang peraduan ini akan menikmati penginapan di hotel empat-bintang termasuk hidangan makanan.

Tambah Masayuki, peraduan ini merupakan cara merekauntuk menggalakkan warga Malaysia meneroka dan menikmati keindahan dunia menerusi Isuzu D-Max. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli dan mendaftarkan sebuah Isuzu D-Max dari mana-mana pengedar sah Isuzu di seluruh negara sebelum 30 September 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply