Berjaya Sompo Insurance Berhad (Berjaya Sompo) baru-baru ini telah melancarkan kempen ‘The Good Riders: MotoCheck‘ dengan kerjasama iMotorbike.
Inisiatif ini diperkenal bagi meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya selain menekankan betapa pentingnya melakukan penyelenggaraan motosikal secara berkala.
Pada 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mencatat 6,344 kematian akibat kemalangan jalan raya, di mana kira-kira 63 peratus yang terkorban melibatkan motosikal.
Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal, melalui pendidikan sambil menekankan peranan penting penyelenggaraan motosikal.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ia merupakan inisiatif yang mengukuhkan lagi komitmen Berjaya Sompo dalam memastikan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna dengan memberi tumpuan kepada amalan penunggangan yang selamat.
Ia juga merupakan sebahagian daripada ‘The Good Policy‘, inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Berjaya Sompo yang telah berkembang secara organik daripada suatu komitmen asas ESG kepada pemangkin dinamik yang menyemarakkan perubahan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Tan Sek Kee, pihaknya percaya kempen ini dapat mendidik penunggang motosikal tentang pentingnya melakukan penyelenggaraan motosikal secara berkala dan juga amalan menunggang yang berhemah.
Ketua Pegawai Pemasaran iMotorbike, Sharmeen Looi pula menambah, pihaknya ingin memastikan semua orang memahami kepentingan penyelenggaraan berkala demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Butiran kempen:
- Tempoh Pendaftaran: 1 Julai hingga 31 Julai 2024
- Tempoh Penebusan: 1 Ogos hingga 31 Oktober 2024, 9 pagi hingga 10 pagi, Isnin hingga Ahad (tidak termasuk Cuti Umum)
Cara Mendaftar:
- Muat turun dan daftar untuk aplikasi MySOMPO. Isikan borang melalui aplikasi untuk mendaftar.
- Lokasi Penebusan: iMotorbike HQ, Glenmarie
- Jumlah Penebusan: RM50 (Untuk penukaran minyak enjin dan pemeriksaan motosikal sahaja, kos tambahan akan ditanggung oleh peserta).
- Eksklusif untuk 250 peserta sahaja mengikut dasar tiba dahulu, layan dahulu.
Untuk pengesahan:
Peserta mesti mengemukakan kad pengenalan dan lesen memandu, nombor kenderaan berdaftar (seperti dalam borang yang diserahkan), dan e-mel rasmi daripada Berjaya Sompo.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.berjayasompo.com.my/good-riders-kempen-motocheck.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI