ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM TANK 300 dilancarkan – Harga RM250k, CBU dari China, ini fakta ringkas menarik mengenainya

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia semalam telah melancarkan SUV ‘off-road’ mewah dan pintar, GWM TANK 300 secara rasmi di Malaysia.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China ini ditawarkan pada harga kompetitif RM250,000. Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black dan Pearl White.

Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300, antaranya:

  • Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, yang mana terdahulu.
  • Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk pemilik pertama).
  • Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.
  • Siri Pengembaraan dengan GWM TANK – Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China.

Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi percutian ke ChongQing dan ChengDu, China.

Sepuluh pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

GWM TANK 300 telah mengukuhkan reputasinya sebagai juara SUV ‘off-road‘ di China selama 42 bulan berturut-turut, mencapai jualan global lebih daripada 300,000 unit dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Fakta ringkas menarik mengenai GWM TANK 300:

  • GWM TANK 300 dilengkapi dengan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L yang menghasilkan output sebanyak 220 PS dan 380 Nm daya kilas.
  • Enjin berkapasiti 1,967cc ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Dengan sistem 4WD separuh masa, GWM TANK 300 dibina dari Binaan Kerangka Tangga (Ladder Frame Construction) dan Casis Off-road Profesional serta kunci pembezaan gandar elektronik hadapan dan belakang.
  • Ia dilengkapi mod ‘Tank Turn‘ dan ‘Crawl Control‘ (CCO) serta Fungsi Casis Lutsinar.
  • GWM TANK 300 mempunyai jarak lega tanah 224mm, yang melebihi 70 peratus keupayaan pendakian maksimum, sudut pendekatan dan keberangkatan, masing-masing 33° dan 34°, serta dapat mengharungi kedalaman air maksimum 700mm.

  • 9 Mod Pemanduan yang terdiri daripada Sistem Kawalan Segala Permukaan (All-Terrain) yang merangkumi pilihan mod ‘Standard’ (2H), ‘Standard’ (4H), Mod Salji (4H), Mod 4L (Normal, Lumpur/Pasir, Lubang, Gunung, Batu) dan Mod Pakar (Expert).
  • Reka bentuk GWM TANK 300 menampilkan gaya lasak yang boleh dilihat menerusi pintu belakang berengsel sisi, roda ganti bersaiz penuh, dan roda aloi krom bersaiz 18-inci.
  • Rekaan dalaman GWM TANK 300 menampilkan kemasan tempat duduk dengan kulit NAPPA hitam, dengan tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan dengan lapan cara bersama fungsi urut.
  • Dua skrin instrumen bersaiz 12.3-inci dan sistem inforia yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Tuil gear dengan rekaan berinspirasikan penerbangan, port pengecasan nirwayar, pencahayaan suasana ambien 64 warna dan 9 pembesar suara dengan sistem bunyi Infinity.
  • Bolong pendingin hawa udara belakang, soket kuasa USB, perehat tangan tengah boleh lipat dengan pemegang cawan, tempat duduk penumpang belakang dengan dua tahap pelarasan dan boleh dilipat 60:40.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ciri keselamatan

GWM TANK 300 dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Jelajah Pintar (ICA)
  • Jaga Tengah Lorong (LCK)
  • Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)
  • Bantuan Jaga Lorong (LKA)
  • Kamera 360 darjah dan sistem radar yang luas

Kesemua ciri keselamatan ini membolehkan GWM TANK 300 diberi penarafan keselamatan 5- bintang ANCAP. Selain itu, ia turut dilengkapi dengani ciri-ciri pembukaan kunci dan pemotongan bahan api secara automatik selepas berlakunya perlanggaran.

SUV ini dibina dengan kerangka kereta berkekuatan ultra-tinggi 1500 MPa dan enam beg udara sisi dan hadapan yang berintegrasi.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi, adalah amat penting bagi pihaknya untuk menyediakan sebuah SUV ‘off-road‘ yang mengagumkan bukan sahaja melalui penampilan, malah dengan ciri keselesaan dan kemewahan, tanpa mengabaikan keselamatan atau prestasi.

GWM akan mengadakan sesi pandu uji ‘off-road‘ GWM TANK 300 pada 20 dan 21 Julai 2024 di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih dimana orang ramai boleh menguji prestasi dan kemampuannya dalam pelbagai keadaan jalan yang mencabar.

Untuk menempah slot sesi pandu uji, hantarkan RSVP di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply