ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bezza baharu dibeli tiga bulan rosak teruk, Carsome hadiahkan mangsa banjir Saga FLX terpakai

Berita Tempatan

Views

Kesedihan seorang mangsa banjir, Nuarjan Sulaiman, 36, sedikit terubat apabila menerima kereta terpakai disumbangkan oleh Carsome Selasa lalu.

Sinar Harian melaporkan, kisah Nuarjan pada 22 Disember lalu yang sedih apabila kereta jenis Perodua Bezza baharu dibeli kira-kira tiga bulan, rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Lui, Batu 19 pada 18 Disember.

Menurut Nuarjan, syarikat kereta terpakai itu menghubunginya pada dua minggu lalu dan menyatakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Katanya, dua minggu lalu, pihak syarikat berkenaan menghubunginya untuk membuat janji temu dan menandatangani surat perjanjian.

Mulanya dia ragu-ragu sebab bimbang ditipu. Jadi perkara itu tidak dihebohkan sehinggalah kereta Proton Saga FLX tersebut dihantar pada Selasa lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia terharu dengan pemberian tersebut yang boleh digunakan untuk kegunaan ahli keluarganya, sementara Perodua Bezza miliknya dibaiki.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Carsome yang sudi memberikan kenderaan untuk kegunaan mereka sekeluarga. Katanya, selepas ini mereka lebih mudah untuk ke mana-mana  kerana sudah mempunyai kenderaan.

Tambahnya, dia juga berharap mana-mana syarikat besar yang mempunyai kemampuan juga boleh melakukan perkara sama membantu ramai mangsa banjir yang turut terkesan.

Berkongsi lanjut, Nuarjan berkata, Perodua Bezza yang rosak sudah dihantar ke pusat servis dan sedang menunggu giliran dibaiki.

Jelasnya, dia tidak pasti kereta tersebut boleh digunakan lagi atau tidak kerana setakat dua hari lepas, kereta itu belum diperiksa dan masih menunggu giliran.

Dia menyediakan sekitar RM10,000 untuk kos pembaikan tersebut. Ujarnya lagi, dia masih berharap kereta itu masih boleh digunakan kerana dibeli hasil titik peluh bersama suami dan masih berhutang dengan pihak bank.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply