ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda tayang lakaran rasmi HR-V 2023 untuk pasaran Amerika Utara, tampil dengan gaya lebih aggresif

Berita Tempatan

Views

Nampaknya Honda HR-V 2023 untuk pasaran Amerika Utara tampil dengan ‘gaya sangat berbeza’ berbanding dengan versi di pasaran antarabangsa yang lain.

Buat pertama kalinya, Honda menayangkan lakaran rasmi model crossover yang digayakan semula itu yang bakal dilancarkan akhir tahun ini. Tiada maklumat lanjut didedahkan kerana Honda masih lagi ‘mengunci mulut’ mengenainya.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Dari segi penggayaan, ia mempunyai reka bentuk jeriji yang persis model Ford dengan bentuk lampu LED yang moden dan bampar yang lebih aggresif.

Profil sisinya juga nampak sedikit berbeza terutama sekali bentuk tingkap di bahagian tiang-C. Tiada lagi pemegang pintu yang disorokkan pada bahagian tersebut dan ia telah kembali semula ke kedudukan asalnya.

Rekaan lampu belakangnya juga berbeza dan lebih tebal dan besar berbanding dengan HR-V di pasaran lain. Bampar belakang kelihatan agak tinggi dengan kemasan dwirona yang diserikan dengan sedikit kemasan krom di bahagian bawah.

Buat masa ini spesifikasinya masih belum disahkan, namun model terdahulu dijana oleh enjin 1.8-liter empat-silinder yang menghasilkan 141 kuasa kuda dan 172 Nm daya kilas.

Ada kemungkinan ia digantikan dengan enjin 2.0-liter empat-silinder yang menjana model Civic dan mampu menghasilkan 158 kuasa kuda dan 187 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply