ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Passat R- Line 2022 diperkenalkan – Enjin lebih berkuasa, sistem audio Harman Kardon

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model sedan Passat R- Line baharu yang dinaik taraf. Ia kini lebih berkuasa dengan enjin turbo 2.0TSI itu mampu menjana 220PS dan 350Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear cekam basah DSG 6-kelajuan dengan pemanduan yang boleh dipersonalisasi menerusi ciri Dynamic Chassis Control (DCC).

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Selain enjin, ciri paling ketara ialah sistem audio premium Harman Kardon yang terdiri daripada 12 unit pembesar suara berprestasi tinggi dan amplifier 700-watt.

Model yang dipasang di Pekan ini hadir dalam lima warna  iaitu Aquamarine Blue, Manganese Grey, Deep Black dan Oryx White, termasuklah warna baharu Scale Silver. Ia juga menjadi model kedua di Malaysia yang menerima logo baharu Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya telah mengekalkan ciri-ciri unik Passat R-Line dan menambah baik aspek prestasi untuk menjadikannya rakan paling ideal buat pemandu yang bijak menilai.

Passat R-Line ditawarkan pada harga bermula dari RM211,916.88 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply