ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor plat siri GOLD bermula 1 hingga 5 Februari

Berita Tempatan

Views

Bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 hingga 5 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Februari.

NPI ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Februari bermula 12 tengah hari hingga 10 malam, 5 Februari.

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan iaitu bagi nombor bernilai utama bermula RM20,000, nombor menarik bermula RM3,000, nombor popular bermula RM800 manakala nombor biasa bermula RM300.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Loke berkata penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga juga usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.

Katanya, bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada MOT.

MOT akan gunakan dana ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan pemegang taruh di bawah MOT, antaranya bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.

Selain itu, pihaknya juga akan laksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi semua pemandu teksi seluruh negara sejurus selepas dapat hasil bidaan NPI siri GOLD ini.

Beliau bagaimanapun berkata perincian mengenai caruman Perkeso itu akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rekod yang pernah kami dapat paling tinggi adalah bidaan bagi siri FF iaitu sebanyak RM35 juta. “Saya rasa bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya, jadi kami perkenalkan siri ini bertepatan dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dan berharap hasilnya akan melebihi hasil siri FF,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pelbagai inisiatif yang diperkenalkan MOT dengan hasil kutipan bidaan telah banyak membantu rakyat antaranya bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan berharga RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Inisiatif ini dilaksanakan pada sambutan Krismas tahun lepas yang telah memanfaatkan seramai 6,369 penumpang.

Jumlah subsidi yang kerajaan tanggung bagi inisiatif ini sebanyak RM2.7 juta dengan purata subsidi bagi setiap tiket sebanyak RM429. Inisiatif ini akan diteruskan untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya kelak.

Selain itu, inisiatif tambang percuma KTM komuter sempena sambutan Thaipusam selama 48 jam telah beri manfaat kepada 300,325 penumpang yang semuanya menghala ke Batu Caves.

Katanya meskipun terdapat sedikit kelemahan disebabkan terdapat kejadian pokok tumbang menyebabkan berlakunya kelewatan tren dan frekuensi terjejas namun ia akan terus ditambah baik pada masa akan datang. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply