ARKIB

KATEGORI

Buletin

Morris Garages (MG) bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi, MG4 EV bakal jadi model pertama?

Views

Ini berita gembira buat peminat automotif di Malaysia! Jenama ikonik British yang berusia 100 tahun, Morris Garages (MG) akan tiba di negara ini menerusi SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd.

Dengan mantra ‘Passion Drives‘, MG mencipta kenderaan yang merupakan gabungan sempurna antara gaya, prestasi dan inovasi. Pelancaran model baharu daripada jenama ikonik ini akan dibuat tidak lama lagi.

Sejak 1924, MG telah menjadi lebih daripada sekadar jenama automotif, ia adalah simbol semangat muda dengan menggabungkan tradisi dan inovasi secara sempurna.

Dengan DNA perlumbaan sebagai terasnya, MG telah membawa kecemerlangan British di peringkat global, sekali gus meninggalkan impak yang besar dalam sejarah automotif selama satu abad.

Perjalanan MG, daripada kereta ikonik MG 14/28 Super Sports – sebuah karya agung Cecil Kimber, kepada MG T-Series pada tahun 1930-an dan revolusi MGB tahun 1960-an, telah mempamerkan komitmen terhadap inovasi sepanjang zaman.

Pada abad ke-21, MG meneruskan legasi ini dengan membawa teknologi canggih dan kelestarian menerusi model elektrik (EV) berprestasi tinggi, sambil mengekalkan DNA perlumbaannya, bagi mengukuhkan legasi yang menekankan kualiti dan prestasi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kejayaan MG adalah kerana kerjasama kukuhnya dengan SAIC Motor, pengeluar automotif terbesar China, yang menduduki tempat ke-84 pada tahun 2023 dalam penyenaraian syarikat Fortune Global 500.

Gabungan warisan British dan inovasi China bukan sahaja mengekalkan legasi MG tetapi juga memacunya ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kehadiran globalnya di lebih 90 negara dan jumlah jualan yang mengagumkan sebanyak 800,000 unit pada tahun 2023, jenama MG terus memikat pemandu di seluruh dunia.

Gabungan bakat British dan kemahiran China telah terbukti sebagai gabungan yang luar biasa, mengukuhkan kehadiran MG sebagai pemain utama dalam industri automotif.

Nantikan info lebih lanjut tentang tarikh pelancaran dan peluang eksklusif untuk memandu uji barisan model MG yang luar biasa.

Bersedialah untuk alami yang terbaik dari permotoran British apabila MG memasuki pasaran Malaysia kelak. Kami menjangkakan model sulung yang bakal memasuki pasaran tempatan adalah model hatchback elektrik MG4 EV.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kelibat unit ujian MG4 EV telah berjaya dikesan di Kuala Lumpur oleh pemilik akaun Facebook bernama Muhammad Fadlul Fikri pada 24 November lalu.

Di negara China, hatchback segmen-B ini dikenali dengan nama MG4 Mulan, manakala di negara jiran iaitu Thailand ia menggunakan nama MG4 Electric.

Untuk pasaran di Thailand, MG4 EV ia digerakkan dengan motor elektrik yang menghasilkan output sebanyak 170 PS dengan 250 Nm daya kilas.

Ia menggunakan pek bateri 51 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 425 km (kitaran NEDC). Baterinya boleh dicas menggunakan pengecas AC 4.4 kW dan DC 88 kW (takat bateri 10 hingga 80 peratus dalam masa 35 minit).

Dari segi saiz, MG4 EV berukuran 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, dan 1,504 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,705 mm.

Dua varian ditawarkan, iaitu varian D dan varian X . Harga jualannya pula 869,000 baht (RM114,981) untuk varian D, manakala varian X dijual pada harga 969,000 baht (RM128,212).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Fadlul Fikri

MG4 EV

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply