ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes tawar diskaun saman RM100 warga UK, tiga anggota polis direman tiga hari

Berita Tempatan

Views

Tiga anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta wang daripada pelancong pasangan United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiga suspek berusia 37 hingga 42 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas video insiden tersebut tular di media sosial semalam.

Bagaimanapun, kertas siasatan ini diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan telah lengkap.

Tambah beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menjalankan siasatan dalaman berkaitan kes sama.

Pihaknya menyeru mangsa yang terlibat dalam kes ini tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis agar siasatan dapat dilengkapkan segera.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada masa sama, orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu sehingga menjejaskan siasatan polis.

“Suka saya ingatkan dan tegaskan bahawa, pihak polis memandang serius isu intergriti dan tingkah laku warga polis serta tidak berkompromi dengan salah laku dilakukan,” kata beliau.

Sebelum ini tular satu rakaman video menunjukkan perbuatan anggota polis yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di Jalan Simpang Pulau- Cameron Highlands itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.

Selang beberapa minit, anggota polis itu menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa perlu ke balai polis. – MalaysiaGazette

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply