ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran myTukar Retail Experience Centre dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Platform kereta terpakai yang paling pantas berkembang, myTukar hari ini melancarkan pameran automotif myTukar AutoFair 2022, bersempena dengan perasmian bilik pameran andalan terbaharu mereka, myTukar Retail Experience Centre yang terletak di Puchong South.

Acara tersebut menampilkan lebih 1,000 buah kenderaan, alat ganti kereta terkini dan aksesori dari pelbagai pengeluar automotif terkemuka. Bilik pameran andalan ini pula merupakan yang pertama sebelum beberapa lagi yang akan dibuka kelak.

Baru-baru ini syarikat tersebut telah membuka bilik pameran di Skudai, Johor Bahru dan akan membuka sebuah lagi di Seremban dan Melaka menjelang Mac 2022.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan di bilik pameran andalan termasuklah pandu uji, perkhidmatan pembelian, dan perkhidmatan selepas jualan (servis, filem penapis haba, dan lain-lain). Ia juga akan berfungsi sebagai pusat pemeriksaan.

Menurut CEO myTukar, Derrick Eng, acara ini menandakan permulaan baharu bagi syarikat tersebut. Menerusi pelancaran pameran automotif yang pertama, mereka mahu memberikan peluang kepada lebih ramai orang merasai pengalaman yang lancar dan mudah semasa membeli kereta dengan myTukar.

Di pameran ini, pengunjung akan mendapat nilai tukar beli kenderaan mereka dengan segera, kelulusan pinjaman pada hari yang sama dan boleh membawa pulang terus kereta yang dibeli.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Antara instituisi perbankan yang mengambil bahagian termasuklah RHB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank.

Pengunjung yang membeli kereta semasa pameran ini akan menerima servis kereta percuma selama dua tahun, lanjutan waranti selama setahun, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari, kadar faedah pinjaman serendah 1.68 peratus termasuk ganjaran bernilai lebih RM800,000.

Pameran ini juga akan mempamerkan pelbagai pilihan kenderaan, dari Perodua Myvi 2019 hingga ke Mercedes-Benz 350 AMG Line 2019 dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung yang menempah mana-mana kereta di pameran ini turut berpeluang untuk memandu pulang sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply