ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori rempuh tiga kenderaan, pemandu ‘lalok’ dadah

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang pemandu lori dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan berlaku kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Sri Bayu, Taman Putra di Ampang, semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori muatan pasir seberat 22 tan dalam perjalanan dari arah Hulu Langat ke Ampang.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika mahu berhenti di persimpangan lampu isyarat lori berkenaan dipercayai hilang fungsi brek lalu melanggar dua kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di rumah kedai Sri Bayu.

Katanya, kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang awam serta pemandu terbabit, hanya kenderaan alami kerosakan.

Berikutan kejadian, pemandu lori dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu lori positif methamphetamine. Tambah beliau, semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi bebas tampil menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Fazlan

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply