ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition diperkenalkan – Terhad 36 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan model edisi terhad BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition. Terhad kepada 36 unit sahaja, sedan bisnes bertaraf eksklusif ini menampilkan kemasan bertemakan warna hitam. BMW 530i M Sport Dark Shadow ini hadir secara eksklusif dalam warna Carbon Black, dengan Garisan Bayang (Shadow Line) serta set roda M Performance dengan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Penampilan serba hitam ini disempurnakan dengan set roda aloi ringan M Performance 20 inci reka bentuk dua jejari 669 M Orbitgrey, serta jeriji ‘kidney’ kemasan hitam berkilat. Model ini dihiasi dengan bahan kulit Black Dakota yang dipadankan dengan sulaman berwarna biru, atau material kulit Cognac Dakota dengan sulaman berkontras.

Mulai 4 Januari 2021, model ini boleh didapati ecara eksklusif di BMW Shop Online, di mana para pelanggan boleh membuat tempahan dengan bayaran RM1,000. Selain itu, model ini turut ditawarkan dengan pakej Shadow Line serta set roda M Performance yang bernilai lebih daripada RM37,000, dengan bayaran tambahan hanya RM10,000 sahaja.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition akan dipamerkan di pusat-pusat pengedaran terpilih pada tarikh berikut:

Pusat PengedaranTarikh
Auto Bavaria, Ara Damansara1 – 7 Januari 
Wheelcorp Premium, Setia Alam8 – 14 Januari 
Quill Automobiles, PJ15 – 21 Januari 
Ingress Auto, Jalan Damansara22 – 28 Januari 
Auto Bavaria, Kuala Lumpur29 Januari – 4 Februari 
Ingress Auto, Puchong5 – 11 Februari
Auto Bavaria, Sungai Besi12 – 18 Februari

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply