ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW X5 xDrive45e M Sport dikemaskini, harga dari RM 457,498

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia telah mengemaskini model SAV elektrik pemasangan tempatan (CKD), BMW X5 xDrive45e M Sport dengan beberapa ciri baharu.

BMW X5 xDrive45e M Sport kini dilengkapi dengan BMW Laserlight serta Lampu Hadapan Adaptif dengan BMW Selective Beam.

Selain itu, ia turut menampilkan Perlindungan Aktif dengan pertambahan dua lagi beg udara sisi pada tempat duduk baris kedua, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lapan unit.

Model yang digelar ‘The Boss‘ ini juga dilengkapi dengan prapenegang tali pinggang keledar boleh diterbalikkan dan rim aloi 741M bersaiz 21 inci dengan kemasan Orbit Grey.

Ia juga didatangkan dengan Live Cockpit Professional, Driving Assistant, Parking Assistant Plus, Rear Seat Entertainment, serta upholsteri kemasan kulit Vernasca tulen.

Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,882.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Bukan itu sahaja, pemilik jentera ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium seperti dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, yang merangkumi:

  • Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual percuma
  • Bantuan Pinggir Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
  •  Servis dalam talian BMW

Harga jualan bagi BMW X5 xDrive45e M Sport yang dikemaskini dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM 457,498.37.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply