ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil balik 1,527 unit kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memanggil balik beberapa model, antaranya City, City Hatchback, HR-V dan BR-V sebagai langkah berjaga-jaga. Butiran mengenai model yang terlibat di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Model yang terlibat dalam panggilan balik produk sebagai langkah berjaga-jaga.

Situasi Model Model TahunUnit yang terlibat
ACity 20211,068
City Hatchback 2022
BHR-V 2020 343
BR-V 2021 116

Panggilan semula adalah untuk situasi berikut:

A. Pemeriksaan nat daya kilas pada Penjana Arus Ulang-alik (ACG)

Ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nat pada terminal ACG abah-abah (harness) pada enjin. Ia boleh menyebabkan terminal sentuhan yang lemah dan kerosakan bateri yang boleh menyebabkan enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan semula enjin selepas kereta berhenti. Model yang terjejas ialah 1,068 unit City Model Tahun 2021 dan City Hatchback Model Tahun 2022.

B. Pemeriksaan pengetatan bolt earth grounding

Ia adalah langkah berjaga-jaga bagi memeriksa pengetatan bolt earth grounding yang boleh menyebabkan abah-abah (harness) wayar menjadi longgar. Ini boleh menyebabkan terminal sentuhan yang lemah dan boleh mengakibatkan enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan semula enjin selepas kereta berhenti. Model yang terjejas ialah 343 unit HR-V Model Tahun 2020 dan 116 unit BR-V Model Tahun 2021.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa semua model pengeluaran dan jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan balik produk ini.

Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu tersebut dilaporkan di Malaysia. Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, yang akan disertakan dengan butiran panggilan balik produk.

Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat janji temu selepas menerima pemberitahuan supaya kenderaan mereka diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian komponen yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan aktiviti panggilan balik ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan, pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi talian Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply