Baru-baru ini seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas.
Menurut K! ONLINE, dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa, Mohd. Azizi Jaafar, 37, meninggal dunia akibat melecur hampir 90 peratus anggota badan.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.
Beliau berkata, kebakaran dipercayai tercetus sewaktu mangsa sedang memandu MPV, Perodua Alza sebelum berhenti di tepi jalan sebelum kebakaran itu merebak di sebuah lagi kereta Perodua Viva yang hangus hampir 60 peratus.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Katanya, siasatan awal menemui tiga buah tangki gas untuk kerja kimpalan serta satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa.
Tambah beliau, mangsa cuba menyelamatkan diri keluar dari tingkap namun usaha berkenaan gagal dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI