ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bonus sehingga RM15,888 menanti dalam Kempen ‘K Surprise Series’

Views

Berita baik untuk peminat kereta Korea terutama dari jenama Kia. Naza Kia Malaysia sedang mengadakan kempen ‘K Surprise Series’ untuk pelanggan yang ingin membeli kenderaan Kia.

Untuk masa yang terhad, pelanggan boleh menikmati bonus sehingga RM15,888 dan pakej servis percuma selama tiga tahun. Ia bersamaan 60,000 km serta turut merangkumi kos alat ganti dan buruh. Pelanggan juga perlu mengikut servis berkala yang disyorkan oleh Kia.

Model-model yang tersenarai dalam kempen ‘K Surprise Series’ ini adalah Kia Rio Sedan K2, Kia Cerato K3 dan Kia Optima K5.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi tiket perlawanan bola sepak Euro 2016 di Perancis sekiranya memandu uji kenderaan Kia dengan menyertai Peraduan ‘Kia Lucky Drive to France’. Hanya perlu memandu uji kenderaan Kia dan akan menerima kupon cabutan bertuah. Mereka secara automatik layak menyertai pertandingan tersebut dan pemenang bakal diumumkan pada bulan Mei nanti.

12660_K Series_Website Slider_1280Wx524hpx

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply