ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bos Daihatsu kata, EV murah China beri ancaman kepada ‘kei car’ Jepun – Bakal keluar EV pertama pada 2025

Berita Global

Views

Presiden Daihatsu Motor mengakui bahawa lambakan kenderaan elektrik (EV) murah dari China telah memberi ancaman kepada pengeluar kereta Jepun.

Disebabkan pengeluar kereta Jepun ‘kei car‘ agak lembab untuk beralih kepada elektrifikasi, ia telah memberi peluang buat syarikat China untuk membuka pasaran.

Bercakap kepada Nikkei Asia, bos Daihatsu, Soichiro Okudaira berkata syarikatnya komited untuk memberikan yang terbaik supaya dapat bersaing dengan pengeluar dari China.

Katanya, reka bentuk konsep kereta China bukanlah sekadar lanjutan daripada apa yang telah dibuat sebelum ini. Sebagai contoh, bateri dan motor disejukkan dengan udara dan bukannya air.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Tambah beliau, mungkin terdapat kelemahan, seperti tidak sesuai untuk pemanduan jarak jauh pada kelajuan tinggi, namun kos boleh dikurangkan dengan mengehadkan persekitaran operasi jangkaan.

Syarikatnya akan kembali kepada asas pembuatan kenderaan dan memikirkan konsep baharu untuk EV mampu milik. Pihaknya juga harus mampu bersaing dari segi harga.

Kereta elektrik ‘kei car‘ pertama keluaran Daihatsu akan dilancarkan pada 2025 dan kosnya dianggarkan 1 juta yen (RM36,067), lebih mahal berbanding beberapa kereta mini elektrik China yang ada di pasaran.

Meskipun kosnya lebih tinggi berbanding kereta buatan China, Okudaira berkata sudah pasti terdapat permintaan untuk ‘kei car‘ yang mempunyai “ruang dalaman yang agak luas, kapasiti bagasi lebih besar dan mampu memuatkan empat orang.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Beliau menambah, syarikatnya kini sedang mempertimbangkan untuk mengelektrifikasi model popularnya seperti Mira e:S dan mungkin memperkenalkan versi elektrik barisan kenderaan komersil Hijet dengan kos yang sama dengan model berenjin-petrol.

Kata beliau, Daihatsu kini sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar kereta lain untuk mengelektrifikasi barisan modelnya dan akan melakukan segala yang boleh untuk mengawal kos bateri.

Tambah Okudaira, Daihatsu kini sedang meneroka pelbagai pilihan, termasuk membeli bateri buatan China. Semua ini akan ‘menelan kos’ puluhan bilion yen atau lebih untuk mengelektrifikasikan semua kenderaan baharu menjelang 2030.

Jadi, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat induk mereka iaitu, Toyota Motor. Daihatsu bersama dengan Suzuki Motor, kini sedang mengambil bahagian dalam pembangunan EV secara usaha sama yang dimiliki bersama oleh Toyota dan Isuzu Motors.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply