ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boya disangka UFO, tiada kaitan dengan makhluk asing

Berita Tempatan

Views

Objek besar terdampar di Pantai Geting pagi Isnin lalu adalah sejenis alat bantuan pelayaran yang dikenali sebagai pelampung pandu atau boya.

Berita Harian melaporkan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan alat itu berfungsi sebagai penunjuk arah selamat di alur pelayaran yang menjadi panduan navigasi kapal, bot dan lain-lain pengguna pengangkutan air.

Boya milik JLM terbabit ditempatkan di muara Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu dan hanyut akibat ombak kuat dan air pasang besar baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat berikutan kejadian ini dan kerja pemindahan boya sudah selesai dibuat petang kelmarin. Boya itu kini ditempatkan sementara di jeti Pejabat Laut Kuala Besar.

Isnin lalu, tular berita mengenai penemuan objek asing itu yang kemudian menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk ada menganggapnya piring terbang serta dikaitkan dengan makhluk asing.

Berikutan itu, ramai datang ke lokasi terbabit dan merakamkan gambar kenangan, malah tidak kurang juga memanjat boya berkenaan yang jelas boleh mengundang bahaya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sehubungan itu, Pejabat Laut Kuala Besar, Kota Bharu membuat siasatan dan pemantauan bagi mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan sekitar.

JLM juga kesal dengan tindakan orang ramai yang mendekati boya terbabit termasuk memanjat alat bantuan pelayaran setinggi 5.3 meter itu.

Boya itu diperbuat daripada bahan jenis keluli dan dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaan sekiranya kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir disebabkan licin semasa menceroboh.

Tambahan pula, alat ini aset kerajaan dan menjadi satu kesalahan jika ada individu menceroboh atau mendekatinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kurt Jer

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply