ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat pembayaran saman dalam talian di luar waktu puncak – PDRM

Berita Tempatan

Views

Orang ramai yang ingin mengambil peluang tawaran pengurangan kompaun saman sehingga 80 peratus secara dalam talian disarankan untuk membuat bayaran di luar waktu puncak.

Menurut Berita Harian, ini berikutan sokongan yang sangat tinggi daripada rakyat Malaysia yang ingin menjelaskan saman mereka pada hari ini telah menyebabkan kesesakan kepada sistem pembayaran saman secara dalam talian, portal, aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sistem pembayaran secara dalam talian beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun.

Katanya, mana-mana pihak yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya membuat pembayaran di luar waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan kepada capaian sistem bayaran saman secara dalam talian.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pembayaran kompaun juga boleh dibuat di kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) KLCC, Kaunter Bayaran Saman Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Mat Kasim berkata, kaunter bayaran saman ini akan terus beroperasi termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini sepanjang tempoh sambutan 100 Hari Keluarga Malaysia dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama, PDRM menyeru orang ramai yang berurusan di kaunter bayaran saman untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply