ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fuelwatch Challenge Volvo Trucks kembali!

Views

Edisi ke-8 Fuelwatch Challenge anjuran Volvo Trucks Malaysia kembali lagi untuk tahun ini. Setakat ini, lebih 4,450 orang pemandu trak dari seluruh negara telah dididik tentang cara-cara untuk meningkatkan kecekapan memandu, seterusnya menjadi pemandu yang lebih selamat dan menjimatkan minyak. Tujuh orang pemandu dari Malaysia dengan skor tertinggi di pusingan awal akan bersaing dalam cabaran penjimatan bahan api di peringkat akhir Fuelwatch Challenge Malaysia.

Juara pertandingan ini akan terpilih untuk mewakili negara ke acara Drivers Fuel Challenge – Peringkat Akhir Dunia di Sweden. Di Malaysia, pertandingan inimemberi tumpuan kepada tiga aspek utama; Pembangunan Pemandu, Penyelenggaraan Bahan Api dan Dynafleet atau Telematik. Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata, Volvo Trucks Fuelwatch Challenge bukan sekadar satu pertandingan memandu trak yang bukan menguji kelajuan, tetapi tentang kecekapan dan keselamatan.

Pusingan awal yang sudahpun dijalankan di Johor Bahru pada 25 Julai, serta Kuantan dan Kuching pada 27 Julai. Lima lokasi lain akan datang adalah di Ipoh pada 1 Ogos, Bintulu (2 Ogos), Prai (3 Ogos), Pelabuhan Klang (5 Ogos) dan Kota Kinabalu pada 6 Ogos. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemandu trak Volvo. Tiga aspek tambahan telah diberi penekanan tambahan oleh Volvo Trucks Malaysia bagi meningkatkan kualiti pertandingan tahun ini.

Pertama, penilaian komunikasi dalam kalangan pemandu trak sebagai satu bentuk nilai tambah dan untuk meningkatkan keyakinan mereka. Kedua, ia akan melibatkan satu demonstrasi secara langsung ciri ‘Driver Coaching’ yang menggunakan sistem telematik Volvo Trucks sendiri iaitu Dynafleet. Ketiga, Volvo Trucks merancang untuk menggunakan trak utama tugas berat jarak jauh yang baharu sahaja dilancarkan, Volvo FH pada pusingan akhir pertandingan.

Semua peserta pusingan awal perlu menjalani satu taklimat dan ujian bertulis sebagai persediaan untuk melayakkan mereka mara ke peringkat akhir pertandingan. Hanya tujuh peserta akan layak untuk pusingan akhir yang akan berlangsung di Shah Alam pada 25-26 Ogos 2017. Sebelum itu, tujuh orang finalis tersebut perlu melalui satu sesi latihan sebelum pertandingan akhir. Juara tempatan akan mewakili Malaysia pada acara kejuaraan dunia mulai hingga 18 hingga 22 September 2017 nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply