Setel memperkenalkan Setel Share, iaitu perkongsian e-dompet pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna membuat bayaran petrol bersama ahli keluarga atau rakan-rakan menerusi aplikasi tersebut di stesen-stesen Petronas seluruh negara.
Pengguna boleh membentuk kumpulan Setel Share dan menjemput sebanyak dua anggota lain untuk membuat bayaran petrol menggunakan e-dompet yang sama.
Pemilik kumpulan Setel Share mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menjejak dan memantau sebarang transaksi pengisian petrol yang dibuat oleh ahli kumpulan Setel Share mereka menerusi e-dompet yang sama.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Mata ganjaran Mesra juga boleh dikumpulkan dalam satu akaun untuk semua transaksi melalui Setel Share tanpa perlu lagi berkongsi satu kad fizikal kad Mesra.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, berkata, pihaknya telah meninjau ribuan pengguna Setel dan 71 peratus daripada mereka telah pun membuat bayaran petrol bagi pihak keluarga dan rakan-rakan mereka.
Dengan Setel Share, ahli keluarga tidak perlu lagi menambah nilai ke e-dompet sendiri dan pihaknya juga ingin membantu mereka untuk dapatkan pengalaman pengisian petrol yang lebih selamat dengan mengurangkan sentuhan.
Setel Share menjamin keselamatan bagi setiap transaksi menerusi ciri keselamatannya yang telah diselaraskan dan mematuhi garis panduan e-duit oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Pemilik kumpulan juga boleh menetapkan atau mengeluarkan ahli kumpulan Setel Share mereka pada bila-bila masa dan mendapat notifikasi dalam masa nyata bagi transaksi yang dibuat melalui dompet Setel Share tersebut.
Pengguna kini boleh menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan yang belum mempunyai akaun Setel untuk menikmati kemudahan Setel Share dan meraih ganjaran tambahan menerusi cabaran ‘Refer-a-Friend Challenge’.
Bermula hari ini sehingga 31 Disember 2021, Setel mengajak para pengguna untuk mendapatkan lencana istimewa untuk meraih lebih banyak ganjaran serta kredit bonus sehingga RM50,000 bagi rujukan yang berjaya dibuat.
Setel Share kini tersedia untuk pengguna yang mempunyai aplikasi Setel versi 1.84 dan ke atas. Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI