ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat pusingan U dan langgar lari – Pemandu Myvi diburu polis

Berita Tempatan

Views

Kosmo melaporkan, polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang telah melarikan diri selepas terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah motosikal di Bandar Tun Hussein Onn, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, penunggang motosikal cedera ringan, manakala pemboncengnya me­ngalami kecederaan parah dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, pihaknya me­nerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 5.16 petang semalam selepas penunggang motosikal tampil ke balai polis. Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian motosikal yang ditunggang kedua-dua mang­sa dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn menghala ke Jalan Suada­mai.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta telah membuat pusingan U dan motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelaknya kerana keadaan jalan yang basah serta hujan renyai. Akibat pelanggaran itu, mang­sa (pembonceng) mengalami kecederaan dalaman dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut, manakala penunggangnya hanya mengalami kece­deraan ringan.

Mohd. Zaid berkata, pemandu kereta berkenaan telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Siasatan mendapati kecuai­an berpunca daripada kereta yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan berlaku dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Tambah beliau, saksi kejadian diminta tampil berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Dinesh atau balai polis terdekat untuk membantu siasatan. Sementara itu, bapa mangsa (pembonceng motosikal) menerusi beberapa hantaran di laman Instagram memaklumkan, pihaknya terkilan dengan tindakan pemandu tersebut yang me­larikan diri selepas kejadian.

Dia yang dikenali sebagai Syu­bailiaziz meminta orang ramai mengesan pemandu Myvi dengan nombor pendaftaran VAE 3843. Dalam masa sama, dia turut berkongsi beberapa keping gambar keadaan terkini anaknya yang kini sedang dirawat sebuah hospital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply