ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dapatkan tawaran istimewa sempena jualan hujung minggu Passat Elegance pada 10 dan 11 Oktober ini

Berita Tempatan

Views

Pengedar Volkswagen seluruh negara akan mengadakan jualan hujung minggu Passat Elegance pada 10 dan 11 Oktober ini bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Acara ini akan diadakan di semua bilik pameran Volkswagen dan secara dalam talian menerusi saluran media sosial masing-masing.

Setiap pengedar akan menggunakan platform media sosial mereka untuk memperkenalkan pelbagai model kepada para pelanggan dan pelanggan juga boleh mengajukan apa jua soalan serta berinteraksi dengan Penasihat Jualan menerusi Facebook Live di rumah.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Pelanggan yang membuat tempahan Passat Elegance semasa acara tersebut akan menikmati rebat tambahan RM2,000 selain rebat sedia ada, sekali gus memberikan penjimatan sebanyak RM4,000. Rebat tambahan ini sah untuk barisan varian Passat yang terdiri dari Passat Elegance, Passat UNITED dan Passat R-Line yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Passat Elegance dikuasakan oleh enjin 2.0TSI turbo yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan cekam basah DSG yang mampu menghasilkan output kuasa 190PS dan 320Nm daya kilas. Ia dijual pada harga RM181,856 termasuk pengecualian cukai sehingga hujung tahun ini.

Passat UNITED pula dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000 termasuk dua Aksesori Tulen Volkswagen, penutup hab roda dengan logo yang kekal tidak berganjak dalam keadaan kereta bergerak dan lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen semasa pintu depan dibuka.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Ia turut didatangkan dengan injak sport aluminium dan plet scuff sisi, rim aloi Verona 19-inci, VW Tint, emblem UNITED dan pembesar suara HELIX 300W Soundbar. Ia dijual pada harga RM193,856.64 termasuk pengecualian cukai sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, pelanggan yang berminat dengan model Volkswagen yang lain akan turut menikmati rebat tambahan RM1,000 termasuk promosi yang sedang berlangsung untuk model Vento, Golf R-Line, Tiguan, Tiguan Allspace R-Line dan Highline serta Arteon R-Line.

Setiap pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan seperti memakai pelitup muka dan perlu mengimbas suhu badan masing-masing sebelum masuk ke bilik pameran. Semua kereta yang dipamerkan dan unit pandu uji juga akan disanitasi dan dinyah kuman setiap masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply