Polis Brickfields menafikan anggotanya memotong barisan ketika mencuci kereta peronda di sebuah pusat cuci kenderaan di Pantai Dalam, di Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan satu gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) berserta ciapan bertanya adakah kenderaan polis boleh potong barisan semasa cuci kereta.
Hasil pemeriksaan awal mendapati MPV itu dinaiki anggota bertugas Balai Polis Pantai yang pergi ke kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam kerana kotor.
Sebaik sampai di lokasi, anggota bertugas meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran.
Anggota terbabit tidak meminta untuk potong barisan sebaliknya pekerja kedai itu yang menyuruh masuk dulu untuk dibasuh.
Selepas selesai dibasuh, anggota membayar dan beredar untuk meneruskan penugasan rondaan.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Beliau menegaskan pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka didapati bersalah akan diambil tindakan tegas.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular di media sosial ciapan berkenaan “Nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn?” yang mendapat pelbagai reaksi dari warganet.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @faizpesto
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI