ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD raikan pengeluaran ke-500,000 unit Dolphin

Berita Tempatan

Views

BYD pada 22 September lalu telah meraikan pengeluaran ke-500,000 unit Dolphin. Sejak diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, model ini masih mengekalkan kedudukannya dalam segmen hatchback A0 di China selama 19-bulan berturut-turut.

Dolphin dilancarkan ke pasaran negara Brazil pada Jun 2023 dan telah terjual sebanyak 4,000 unit hanya dalam tempoh dua bulan sahaja.

Ini sekali gus mencipta rekod baharu jualan kenderaan elektrik (EV) di negara tersebut dan menjadi model EV terlaris pada bulan Ogos.

Di Thailand, ia menduduki tangga kelima dalam carta jualan EV dalam bulan pertamanya di pasaran dengan penghantaran sebanyak 481 unit.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Di UK pula, ia baru-baru ini telah selesai dipandu uji oleh pihak media dan menerima banyak maklum balas yang positif.

Dolphin merupakan model pertama yang dibina berasaskan pelantar e-Platform 3.0 yang direka khusus untuk EV tulen. Ia direka dengan menitikberatkan beberapa ciri seperti aerodinamik, ketegaran, dan ruang kabin.

Model ini menampilkan rangkaian kuasa elektrik bersepadu 9-dalam-1 dan dikuasakan oleh teknologi Blade Battery yang selamat.

Reka bentuk luaran Dolphin mengadaptasikan konsep rekaan ”Estetika Samudera” (Ocean Aesthetic) dengan aliran bentuk luaran badan yang canggih, digabungkan dengan garisan lipatan tajam dan kontur yang mengalir.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ruangan kabinnya pula, menampilkan unsur mesra-alam dengan penggunaan kulit vegan yang mampan menghiasi tempat duduk sport yang menawarkan keselesaan jarak jauh, sokongan sisi yang kukuh dengan estetika yang diilhamkan oleh samudera.

Sebagai peneraju sebenar dalam tenaga bersih, BYD dengan bangganya komited kepada lebih 5.1 juta kereta penumpang tenaga baharu di seluruh dunia.

Beroperasi di 400 bandar merentasi 70 negara dan wilayah di enam benua, BYD mengambil langkah penting pada 2022 dengan menghentikan pengeluaran kenderaan ICE untuk memberi tumpuan secara eksklusif pada BEV dan PHEV.

Komited dengan visi “Sejukkan Bumi dengan 1°C”, BYD terus memanfaatkan inovasi teknologi untuk kehidupan yang lebih baik, memacu mobiliti mampan ke arah masa depan yang lebih cerah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply