ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sebabkan kemalangan 14 kenderaan, pemandu treler mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Pemandu treler mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyebabkan kemalangan melibatkan 14 kenderaan sehingga mengorbankan dua nyawa di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya pada Rabu lalu.

Tertuduh, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 29 tahun itu memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun termasuk denda maksima RM50,000.

Majistret kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000. Manakala tarikh sebutan ditetapkan, 25 Oktober.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifa menawarkan ikat jamin RM10,000 namun jumlah berkenaan dikurangkan selepas tertuduh merayu jumlah berkenaan dikurangkan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dalam masa yang sama tertuduh diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 10.15 pagi Rabu lalu, treler yang dipandu tertuduh melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

Sebagai rekod, pemandu treler berkenaan disahkan tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif. – MalaysiaGazette

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply