ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Seal dilancarkan – Dua varian, jarak pandu 580 km, harga dari RM179,800

Berita Tempatan

Views

Pengedar BYD di Malaysia, BYD Sime Darby Beyond Auto, hari ini secara rasminya melancarkan model sedan sport elektrik, BYD Seal setelah ia dibuka untuk tempahan sejak 19 Januari lalu.

Bakal menjadi seteru terkuat kepada Tesla Model 3, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China ini ditawarkan dengan dua pilihan varian.

Berikut adalah senarai varian dan harga BYD Seal di Malaysia:

  • Premium Range RWD – RM179,800
  • Performance Range AWD – RM199,800

Untuk pilihan warna, secara keseluruhan empat warna ditawarkan. Berikut adalah pilihan warna mengikut varian:

  • Premium Range RWD – Cosmos BlackAurora White dan Atlantis Grey
  • Performance Range AWD – Cosmos BlackAurora WhiteAtlantis Grey dan Arctic Blue.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dibina berasaskan pelantar e-Platform 3.0, BYD Seal mempunyai ukuran dimensi 4,800mm panjang, 1,875mm lebar dan 1,460mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula adalah 2,920mm.

Ia juga merupakan model pertama yang dilengkapi teknologi Sel-ke-Badan (CTB), yang mengitegrasikan bateri Blade litium ion fosfat (LFP) terus pada kerangka struktur kenderaan. Ini berbeza dengan struktur Sel-ke-Pek (CTP) seperti yang ada pada model BYD lain.

BYD Seal menampilkan gaya reka bentuk ‘Estetika Samudera’ (Ocean Aesthetic) dengan gaya rekaan badan coupe yang mendapat sentuhan mantan bekas pereka Audi, Wolfgang Egger. Rekaan dalamannya juga agak ringkas dan unik, dengan paparan unit inforia boleh pusing bersaiz 15.6-inci, serta tombol gear kemasan kristal.

Berikut adalah perincian ringkas spesifikasi BYD Seal mengikut varian:

  • Premium Range RWD – Motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD) yang menjana 308 kuasa kuda dan 360 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh bateri Blade litium ion fosfat (LFP) 82.56 kWj dengan jarak pandu sehingga 650 km (NEDC). Masa pecutan 0-100 km/j adalah 5.9 saat.
  • Performance Range AWD – Pacuan semua roda (AWD) dengan dwimotor elektrik yang menjana 523 kuasa kuda dan 670 Nm daya kilas. Ia menggunakan jenis bateri yang sama dengan jarak pandu sehingga 580 km (NEDC). Masa pecutan 0-100 km/j adalah 3.8 saat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dari segi pengecasan, model ini menyokong pengecas AC 7 kW dan DC 150 kW. Dengan pengecasan pantas DC, kapasiti baterinya boleh meningkat dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 37 minit.

Antara ciri standard pada semua varian termasuklah unit inforia dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto, sistem bunyi Dynaudio, sistem penapis udara PM2.5, panel meter digital 10.25-inci, bumbung panoramik, penyaman udara dwi-zon, kad kunci NFC, dua pengecas telefon pantas nirwayar dan kemasan tempat duduk kulit.

Dari aspek keselamatan pula, ia dilengkapi dengan sembilan beg udara serta sistem ADAS yang merangkumi ciri seperti Amaran Ramalan Perlanggaran, Brek Kecemasan Automatik, Amaran Titik Buta, Pengecaman Tanda Trafik, Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Mula Mendaki dan lain-lain.

BYD Seal didatangkan dengan jaminan selama enam tahun/150,000 km, jaminan bateri selama lapan tahun/160,000 km, dan jaminan unit pemacu selama lapan tahun/150,000 km.

BYD turut memperkenalkan dua pakej servis iaitu pakej Standard dan Plus yang menawarkan khidmat penjajaran, pengimbangan dan penggiliran tayar bagi kedua-dua pakej berkenaan.

Selain itu, 800 tempahan pertama akan menerima pengecas wallbox dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply