ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berjaya sedang dapatkan sokongan syarikat konsesi untuk bida pemasangan sistem tanpa palang di plaza tol

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat senaraian awam utama dipercayai sedang mendapatkan sokongan daripada syarikat konsesi lebuh raya dalam bidaan untuk memasang sistem tanpa palang di plaza tol.

Syarikat itu dipercayai adalah Berjaya Group Bhd, menurut sumber yang dipetik oleh FMT yang berkata cadangan itu dibuat selepas 32 syarikat konsesi tol lebuh raya menentang langkah kerajaan melantik unit YTL Holdings Bhd bagi menghasilkan sistem tanpa palang itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sumber itu berkata, eksekutif kanan Berjaya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil 32 syarikat konsesi untuk menjelaskan perkara yang mereka fikirkan dan mendapatkan maklum balas mereka sebelum mengemukakan cadangan terakhirnya kepada Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata, tawaran Berjaya itu lebih menarik berbanding cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan.

“Pada asasnya, rancangan mereka adalah apa yang kami mahu, untuk membenarkan syarikat lebuh raya membina pondok tol aliran bebas pelbagai lorong manakala Berjaya atau syarikat lain menyediakan perkhidmatan kutipan tol.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Di bawah rancangan ini, syarikat konsesi akan mendapat pendapatan mereka pada hari berikutnya, seperti yang diamalkan sekarang,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, syarikat konsesi juga mencadangkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kutipan tol itu akan menjaga kebocoran pendapatan yang timbul apabila pondok tol berpalang dibuang.

“Kami tidak mahu terperangkap dengan mengesan pemandu yang memandu lalu tanpa membayar,” katanya kepada FMT. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto asal kredit greenpacket

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply