Proton telah melancarkan Cabaran Kajian Kes Perniagaan yang menarik hampir 300 pelajar dari enam universiti awam dan swasta di Malaysia, bertujuan untuk terus mengembangkan kumpulan pekerjanya melalui program Proton Young Talent (PYT).
Ia merupakan pertandingan yang memerlukan peserta merumuskan dan membentangkan penyelesaian terbaik kepada kajian kes perniagaan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan analisis data, pertimbangan perniagaan, dan inovasi.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti dari semester pertama hingga terakhir dengan minimum empat hingga enam ahli setiap kumpulan.
Untuk memulakan cabaran selama tiga bulan yang bermula pada bulan September, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong telah menyampaikan ucaptama mengenai “Perjalanan Kebangkitan Proton” pada 18 September lalu yang dihadiri oleh 150 pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Naib Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg Profesor Datuk Ir Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, pertandingan ini telah menjadi platform buat pelajar untuk meneroka dan membentangkan penyelesaian inovatif mereka kepada cabaran perniagaan sebenar dalam sektor automotif.
Naib Presiden, Modal Insan & Pentadbiran Proton, Amran Bin Mohd Tomin pula berkata, pertandingan ini bukan sahaja memupuk kreativiti dan pemikiran analitikal, malah turut memberi pelajar pemahaman yang menyeluruh mengenai pelbagai strategi perniagaan.
Enam universiti yang mempunyai latar belakang kukuh dalam kursus berkaitan kejuruteraan telah dipilih dan terdiri daripada 60 kumpulan pelajar.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Ini termasuklah Universiti DRB-HICOM Automotif Malaysia di Pahang dan Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Intitusi tersebut telah dipilih berdasarkan latar belakang yang kukuh dalam kursus berkaitan kejuruteraan dan potensi sumbangan mereka kepada masa depan industri automotif.
Proses penilaian akan dijalankan secara berperingkat hingga November tahun ini, dengan ketua bahagian dari Proton akan membuat pembentangan di beberapa universiti.
Cabaran perniagaan dinilai berdasarkan tujuh kriteria pemarkahan, iaitu pengenalpastian isu, analisis mendalam, kebolehlaksanaan dan rasional, pemikiran inovatif dan kreatif, aplikasi pengetahuan dan teori akademik, organisasi pasukan, serta penampilan pentas dengan penimbangan yang berbeza.
Pemenang tempat pertama di peringkat universiti akan menerima hadiah tunai RM2,000, manakala juara di peringkat akhir akan membawa pulang hadiah tunai RM5,000. Juara dari semua universiti akan bertanding di peringkat akhir yang akan berlangsung di Lembah Klang pada pulan November nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI