Pagi ini penulis merasa ‘tergerak hati’ untuk membuat carian tanda dagang menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tanpa disangka, penulis telah berjaya menemui beberapa tanda dagang baharu atas nama e.MAS 3, e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV yang telah didaftarkan menerusi tiga kategori.
Kesemuanya telah didaftarkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.
Permohonan tanda dagang e.MAS 3, e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV telah mula dihantar sejak 23 Sep 2024 dan masih dalam status di bawah pengesahan formaliti, sebelum ia diluluskan dan diwartakan.
Kesemua nama tersebut telah didaftarkan di bawah tiga kategori yang berbeza, iaitu:
- Kelas 12 di bawah kategori kereta, kenderaan elektrik, automobil motor dan lain-lain.
- Kelas 16 di bawah kategori bahan promosi bercetak, risalah pengiklanan, poster, gambar, beg barangan cenderahati dan lain-lain.
- Kelas 35 di bawah kategori pengiklanan, pengurusan perniagaan, pemasaran media sosial dan membekalkan informasi perniagaan menerusi laman sesawang dan lain-lain.
Adakah ini memberi petunjuk awal kepada pengesahan nama rasmi kepada beberapa model baharu di bawah jenama Proton e.MAS, selepas e.MAS 7 yang bakal dilancarkan pada bulan Disember nanti?
Baru-baru ini, delegasi wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa ke Hangzhou, China untuk melawat beberapa fasiliti yang menghasilkan-model kereta di bawah kumpulan Geely.
Apa yang menarik, kelibat sebuah Geely Geome Xingyuan berwarna hijau telah dipaparkan dalam video sesi temubual bersama salah seorang wakil pengedar Proton e.MAS di bahagian luar premis.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Ia sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan model hatchback elektrik ini bakal menjadi model Proton e.MAS kedua dan bakal menggunakan nama, sama ada e.MAS 3 atau pun e.MAS 5.
Nama ‘e.MAS 7 PHEV’ pula telah menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati penulis dan besar kemungkinan ia adalah model kembar kepada Geely Galaxy Starship 7.
Baru-baru ini perincian bagi model Galaxy Starship 7 telah didedahkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China dan ia bakal dijana oleh rangkaian kuasa ‘plug-in hybrid (PHEV)‘.
Ia akan dijana oleh enjin 1.5 liter BHE15-BHF dengan yang menghasilkan 110 kuasa kuda, dan turut dilengkapi dengan sebuah motor elektrik yang dikuasakan oleh pek bateri litium-besi fosfat (LFP).
Bateri berkenaan akan dibekalkan sama ada dari Svolt atau Sunwoda Electronic. Model ini akan diletakkan pada posisi lebih tinggi sedikit berbanding Galaxy E5 dan akan dilancarkan ke pasaran China pada suku keempat (Q4) tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI