ARKIB

KATEGORI

Buletin

iRoll Auto Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar baharu Volvo Car Malaysia di Pulau Pinang

Views

Volvo Car Malaysia kini melantik pengedar terbaharunya, iRoll Auto Sdn Bhd, untuk memberikan khidmat lebih baik kepada pelanggannya dikawasan Utara Semenanjung Peninsular Malaysia, khususnya di Pulau Pinang. Juru Auto-City telah dipilih sebagai lokasi Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) memandangkannya lebih mudah diakses ke Lebuhraya Utara-Selatan selain reputasinya sebagai pusat berkaitan automotif.

Volvo Juru akan melaksanakan Volvo Retail Experience (VRE) dan sebagai sebahagian daripada konsep baharu ini, Volvo menjanjikan rasa Scandinavian di aras jualan dengan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Diinspirasikan oleh Scandinavia, bilik pameran VRE mengambil konsep ‘ruang tamu’ yang menampilkan perabut rekaan Scandinavian, udara yang segar dan pencahayaan yang hangat di ruang dalamannya.

Konsep VRE direka supaya pelanggan dapat berehat dalam suasana yang seleasa sementara menunggu kenderaan Volvo mereka diservis. Bilik pameran Volvo Juru di buka mulai jam 9:00 pg hingga 6:00 ptg pada hari Isnin hingga Sabtu. Untuk meklumat lanjut, hubungi 04 5080888 atau hantarkan emel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply