ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carro pamer teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang dipatenkan untuk proses pemeriksaan 160 titik

Berita Tempatan

Views

Syarikat induk myTukar, Carro telah mempamerkan proses pemeriksaan 160 titik mereka dan teknologi sokongan yang telah dipatenkan, di pusat baik pulih utama mereka di USJ.

Pusat baik pulih utama yang berkeluasan 95,832 kaki persegi itu ialah salah satu di antara banyak lagi pusat baik pulih dan bengkel di pasaran utama Carro di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Ia akan dijenamakan semula kepada Carro Care dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sebagai langkah kerjasama strategik bersama Jardine Cycle & Carriage.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum, pusat baik pulih ini menekankan komitmen pihaknya dalam menyediakan kereta terpakai berkualiti tinggi yang diyakini pelanggan.

Pemeriksaan 160 titik dan proses baik pulih berteraskan Carro Certified serta myTukar Certified, merupakan tanda jaminan dan janji bahawa sesebuah kereta terpakai itu telah diperiksa dan dibaik pulih dengan teliti.

Hanya kereta yang melepasi pemeriksaan 160 titik tanpa manipulasi meter perbatuan atau kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran dan banjir sahaja yang layak menjadi kereta Carro dan myTukar Certified.

Pemeriksaan 160 titik yang ketat juga meliputi proses baik pulih yang merangkumi kerja cat dan badan, pembaikan mekanikal (termasuk pada enjin, stereng, suspensi, gear, brek dan tayar), pembaikan dalaman (termasuk pembaikan elektronik, baik pulih papan pemuka, jahitan kulit, dan pembaikan pelapik bumbung), dan pemeriksaan akhir serta pandu uji.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pusat baik pulih tersebut menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk menjalankan Kejuruteraan Akustik dan Penglihatan Berkomputer, sebuah teknologi inovatif dipatenkan yang telah menjadi piawaian mereka di seluruh rantau ini.

Teknologi Kejuruteraan Akustik ini ditempatkan dalam sebuah aplikasi dalaman yang mempunyai simpanan unik bunyi-bunyi enjin kereta daripada pelbagai jenama dan model yang digunakan untuk mengesan sebarang masalah enjin, jika ada.

Sementara itu, Penglihatan Berkomputer dapat mengesan sebarang kesan lekuk, calar dan anomali sedia ada lain pada badan kereta, serta meningkatkan keupayaan dan kecekapan semua pakar dan pemeriksa.

Carro mempunyai 14 pusat baik pulih dan bengkel di Asia Tenggara dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,800 kereta yang boleh diservis dan dibaik pulih setiap bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply