PETRONAS AutoExpert dan CARSOME Group Inc (CARSOME) telah menjalinkan kerjasama strategik untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini menonjolkan komitmen kedua-dua syarikat dalam membangunkan ekosistem automotif yang terintegrasi, yang melangkaui penjualan kereta untuk merangkumi sokongan selepas jualan yang menyeluruh.
Menerusi kerjasama ini, PETRONAS AutoExpert telah dilantik sebagai Bengkel Panel Rasmi CARSOME, dengan CARSOME menyediakan latihan, latihan praktikal, dan pembekalan tenaga kerja untuk menyokong pengembangan pusat perkhidmatan sedia ada dan yang akan datang.
Selain itu, CARSOME Academy akan bekerjasama dengan cawangan PETRONAS AutoExpert di bawah Program Latihan TVET Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Mereka akan menganugerahkan sijil kepada juruteknik mengikut Piawaian Malaysia, dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dan pemerkasaan semula tenaga kerja sedia ada untuk mendorong pertumbuhan lestari dan memenuhi keperluan industri yang berkembang.
Dalam fasa pertama, kerjasama ini akan memperkenalkan perkhidmatan di 15 lokasi PETRONAS AutoExpert bermula 13 Januari 2025, yang akan melengkapkan pusat perkhidmatan CARSOME sedia ada di Ampang dan Petaling Jaya.
Bermula dari tarikh itu, pelanggan akan dapat membuat tempahan di 15 cawangan ini selain daripada pusat-pusat CARSOME melalui aplikasi atau laman sesawang CARSOME.
Selain itu, CARSOME akan menubuhkan titik pemeriksaan baharu di lokasi-lokasi terpilih PETRONAS AutoExpert pada Januari 2025.
Ia membolehkan pelanggan membuat penjadualan perkhidmatan ini dengan mudah melalui platform dalam talian CARSOME apabila pusat pemeriksaan CARSOME tiada di kawasan berhampiran.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Pengendali PETRONAS AutoExpert juga akan mendapat manfaat daripada tawaran perkhidmatan tambahan ini, mewujudkan aliran pendapatan baharu dan mempertingkatkan model perniagaan tradisional mereka.
Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani baru-baru ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), Mohd Zameer B Zahur Hussain dan Pengarah Urusan CARSOME Malaysia di Automall CARSOME PJ, Chris Ang.
Majlis ini disaksikan oleh Pengurus Besar Jualan Highstreet PLMM, Chong Wen Hong dan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CARSOME, Eric Chan.
Menurut Mohd Zameer, kerjasama ini lebih daripada sekadar langkah perniagaan, ia adalah janji untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan automotif ke tahap yang baharu.
Pengasas Bersama, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME, Eric Cheng berkata, kerjasama ini menawarkan kemudahan dan ketenangan fikiran, kerana mereka boleh mengakses perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti tinggi dan pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI