ARKIB

KATEGORI

Buletin

Leapmotor catat kejayaan cemerlang pada tahun 2024 – Ketiga dalam kategori syarikat pemula NEV di China

Berita Tempatan

Views

Leapmotor menutup tirai tahun 2024 dengan menduduki tangga ketiga dalam kategori syarikat pemula Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) paling berjaya dalam kalangan jenama-jenama yang ditubuhkan sejak sedekad lalu.

Leapmotor turut berada di kedudukan ketujuh dari segi jualan apabila dibandingkan dengan jenama-jenama NEV China yang sudah lama berada di pasaran tersebut.

Kejayaan ini dipacu oleh rangkaian teknologi masa depan dan inovatif yang menyumbang kepada prestasi jualan memberangsangkan di seluruh portfolio produknya yang komprehensif.

Bukan itu sahaja, Leapmotor International yang merupakan sebuah syarikat kerjasama dengan pegangan 51:49 bersama Stellantis dan ditubuhkan pada Oktober 2023 menunjukkan pertumbuhan pesat dalam strategi pengembangannya di peringkat global.

Leapmotor kini berada di lebih 25 buah negara melibatkan rantau-rantau seperti Asia Selatan, Asia Pasifik, Asia Barat & Afrika, Australasia serta Amerika Selatan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Disokong oleh rangkaian serta pengedaran Stellantis yang komprehensif, Leapmotor International dan Leapmotor meletakkan sasaran untuk menyerahkan 500,000 unit kenderaan pada tahun 2025.

Leapmotor mencatat pencapaian yang signifikan pada Disember 2024 apabila berjaya menyerahkan 42,517 unit kenderaan di China. Ini merupakan kenaikan dari tahun ke tahun (YoY) sebanyak 128 peratus.

Jenama itu juga merekodkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 293,724 unit. Di peringkat global, Leapmotor International bakal menubuhkan 410 pusat jualan dan menerima lebih 3,165 tempahan daripada pelanggan.

Selari dengan strategi “Dare Forward 2030 Stellantis“, Stellantis dengan kerjasama Leapmotor International komited untuk memperkasakan aspek mobiliti rendah karbon di rantau ASEAN.

Pelancaran model elektrik sepenuhnya, Leapmotor C10 di rantau ini membuktikan kesungguhan Leapmotor ke arah mobiliti emisi sifar yang digabungkan bersama teknologi termaju.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Leapmotor C10 dibina berasaskan pelantar paling canggih iaitu Leap 3.0 yang dipertingkatkan lagi dengan integrasi teknologi Sel-Ke-Casis (CTC) 2.0.

Pembangunan yang sangat teliti di Tapak Ujian Balocco di bawah garis panduan model Grand Touring Stellantis nyata meningkatkan lagi dinamik pemanduan C10.

Dari segi keselamatan, Leapmotor C10 dilengkapi teknologi ADAS Tahap 2 yang digabungkan dengan pelbagai ciri keselamatan termaju, sekali gus menerima skor tertinggi 5 bintang daripada program-program penilaian bebas seperti Euro NCAP, Australia ANCAP dan C-NCAP China.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM159,000 seunit, dan menawarkan ciri-ciri sebuah SUV segmen- D pada harga kenderaan segmen-C.

Model ini juga hadir dengan jaminan komprehensif selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, serta jaminan bateri selama 8 tahun atau perbatuan sehingga 160,000km,  yang mana terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply