ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carsome lebarkan sayap ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka

Berita Tempatan

Views

Platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carsome, telah melancarkan pusat pemeriksaan pertama di Pulau Pinang dan Johor Bahru awal tahun ini. Ia diikuti dengan pembukaan pusat pemeriksaan di Melaka yang mula beroperasi pada bulan Mei, disusuli dengan Ipoh dan Batu Pahat pada bulan Jun nanti.

Carsome yang terkenal sebagai pusat penyelesaian sehenti bagi mereka yang ingin menjual kenderaan – dari proses pemeriksaan kepada pemindahan hak milik menyasarkan untuk membuka 15 pusat pemeriksaan menjelang akhir tahun ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Sejak penubuhannya pada 2015, lebih 31,000 transaksi jual beli kenderaan telah direkodkan di platform ini merentasi empat buah negara. Para pelanggan kini boleh menjadualkan sesi penilaian kenderaan di mana-mana lapan pusat pemeriksaan Carsome di KL, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Di sini, Carsome akan menilai kenderaan dan memberikan tawaran terus dengan segera. Pelanggan boleh memilih untuk membida kepada rangkaian pengedar kereta terpakai Carsome di seluruh negara. Setelah tawaran diterima pelanggan, semua kertas kerja yang diperlukan akan diurus oleh Carsome dan pemindahan wang akan dilakukan dalam talian dengan segera.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Eric Cheng, Pengasas Bersama dan KPE, Carsome berkata, mereka memberi fokus untuk mngembangkan operasi bukan sahaja kepada bandar-bandar utama, dan bakal meluaskan liputan kepada bandar tier kedua – termasuk Ipoh, Seremban dan Kuantan tidak lama lagi.

Carsome kini telah memperolehi lebih 5,000 pengedar-pengedar kereta terpakai merentasi empat pasaran. Mereka yang ingin menjual kereta di Pulau Pinang, Johor dan Melaka kini boleh kunjungi pusat pemeriksaan Carsome baharu di lokasi berikut:

  • Pulau Pinang
    Unit G-19 Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru, 13700 Perai, Pulau Pinang
  • Johor Bahru
    34, Jalan Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru
  • Melaka
    11, Jalan PS3, Plaza Semabok, 75050 Melaka

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.carsome.my.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply