ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia raikan pemilik ke-130,000 model Civic

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia mencatatkan satu sejarah dengan penyerahan unit ke 130,000 model Civic kepada pemiliknya. Pencapaian adalah jumlah keseluruhan jualan model tersebut sejak generasi ke-7nya diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001. Hingga setakat ini Civic masih kekal sebagai peneraju dalam segmen-C.

Generasi ke-7 Civic telah mencatatkan jualan melebihi 9,300 unit, generasi ke-8 pula menyumbang hampir 50,400 unit diikuti generasi ke-9 dengan jualan melebihi 27,000 unit. Civic generasi ke-10 yang dilancarkan pada pula terjual sebanyak 42,200 unit dan ia merupakan generasi pertama yang dikuasakan oleh enjin turbo.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia Pn. Jahabarnisa Haja Mohideen dalam majlis penyerahan itu berkata, mereka amat menghargai dan berterima kasih kepada semua 130,000 pelanggan Civic di Malaysia. Walaupun jualan unit agak terhad pada awal tahun ini, Civic terus mendominasi segmen-C dengan 77 peratus pegangan pasaran.

Selain itu Honda juga kekal sebagai pengeluar nombor 1 dalam segmen Bukan Nasional dan kedua secara keseluruhan dalam Jumlah Jualan Industri (TIV). Pemilik Civic yang ke-130,000 merupakan Pn. Fatihah Binti Abdul Kadir yang membeli varian 1.5L VTEC Turbo Premium berwarna Dark Ruby Red menerusi pengedar Botanic Auto Mall Sdn. Bhd.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Pemilik Botanic Auto Mall Sdn. Bhd., Datuk Mahfoz Bin Haji Hamid berkata Civic merupakan salah satu model Honda yang paling popular dengan permintaan yang sangat tinggi. Mereka merasa amat bangga menjadi pengedar yang berjaya menyerahkan unit yang ke-130,000 Civic kepada pemiliknya dan akan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Sempena bulan Ramadan, Honda menawarkan ganjaran kepada semua pelanggan baharu dengan ganjaran istimewa bernilai sehingga RM5,000 sempena kempen “Enjoy the Special Gifts of Ramadan”. Promosi kempen ini bermula dari 1 Mei 2019 dan akan berakhir pada 31 Mei 2019.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply