ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME peroleh kemudahan pembiayaan bernilai RM100 juta daripada AmBank

Berita Tempatan

Views

Kumpulan CARSOME (CARSOME) telah memperoleh kemudahan pembiayaan bernilai RM100 juta daripada Kumpulan AmBank untuk mempertingkatkan kecairan dan memperkukuh keupayaannya bagi pertumbuhan masa hadapan.

Ditubuhkan pada tahun 2015, CARSOME kini merupakan platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, setelah mencapai kemajuan pesat dalam landskap perniagaan.

Ekosistem penuh CARSOME telah berkembang pesat melalui rangkaian perkhidmatan komprehensifnya, termasuk pemeriksaan kereta, jualan, pembiayaan dan khidmat selepas jualan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Kemudahan pembiayaan RM100 juta yang diperoleh daripada Kumpulan AmBank akan memperkukuhkan lagi CARSOME, sekaligus meningkatkan kapasitinya untuk berkembang dan berinovasi.

Pembiayaan besar ini akan membolehkan CARSOME meluaskan jangkauannya, meningkatkan perkhidmatan, dan memacu pertumbuhan yang berterusan, mengukuhkan komitmennya untuk memberikan nilai terunggul merentasi semua aspek operasinya.

Dengan sokongan AmBank, CARSOME akan dapat mempercepatkan lagi pelbagai peringkat dalam proses perdagangan kereta terpakai, menawarkan pengalaman yang menyeluruh dan tanpa kerumitan kepada pelanggannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, rekod prestasi terpuji CARSOME dalam pasaran kereta terpakai membuatkan pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dalam merevolusikan ekosistem automotif Malaysia.

Tambah beliau, dengan ekuiti jenama yang kukuh, kedudukan kewangan yang teguh serta pangkalan pelanggan yang meluas, pihaknya berharap kerjasama ini dapat memperkukuh lagi operasi dan prospek CARSOME Capital.

Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng berkata, kemudahan pembiayaan pada skala ini merupakan satu pengesahan yang kukuh terhadap model perniagaan CARSOME dan membolehkan mereka meningkatkan keupayaan pembiayaan kumpulan secara keseluruhan.

Ujarnya lagi, melalui CARSOME Capital, pihaknya akan memanfaatkan perkongsian ini untuk mengembangkan lagi tawaran perkhidmatan, meluaskan impak dan terus berinovasi dalam ekosistem automotif di seluruh Asia Tenggara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply