ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket curi motosikal ‘Geng Botak’ tumpas, ketua baru Tingkatan 1

Berita Tempatan

Views

Enam budak lelaki berusia 13 hingga 17 tahun termasuk dua pelajar anggota ‘Geng Botak‘ ditahan polis kerana aktif mencuri motosikal di sekitar negeri ini.

Difahamkan geng ini aktif sejak Januari lalu disyaki terbabit sekurang-kurangnya enam kes mencuri motosikal pelbagai jenis.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi, berkata kumpulan diketuai seorang pelajar Tingkatan 1 dikenali sebagai ‘Botak’ dilumpuhkan menerusi operasi Op Lejang dijalankan Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah), Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan pada 4 hingga 7 Julai lalu dan menahan enam kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun di beberapa lokasi di sekitar negeri ini di Jalan Semabok dan Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.

Siasatan polis mendapati sindiket ini bergiat aktif sejak januari 2024 dan modus operandi mereka adalah menyasarkan motosikal diletakkan di luar rumah tidak berpagar.

“Dengan penahanan semua individu ini, polis percaya sudah berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di sekitar Melaka.

“Menerusi serbuan dan tangkapan yang dilakukan kita turut merampas enam motosikal yang dilaporkan hilang termasuk sebuah motosikal digunakan untuk mencuri motosikal lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Md Nazri berkata, siasatan polis mendapati motosikal yang dicuri iaitu Yamaha 15ZR, Yamaha 135 LC dan Modenas Kriss juga digunakan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan sindiket ini.

Polis turut melakukan ujian saringan awal air kencing dan mendapati semua mereka bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah dan dua daripada individu yang ditahan masih bersekolah.

Semakan rekod yang dijalankan juga mendapati semua mereka tiada sebarang rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.

“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga didenda, jika disabitkan kesalahan,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply