ARKIB

KATEGORI

Buletin

Garisan jalan ‘glow in the dark’ di Kedah terpanjang di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Jalan Padang Sanai ke Durian Burung dalam daerah Padang Terap kini dicat dengan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark‘ sepanjang tiga kilometer sekali gus menjadi yang terpanjang di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, projek garisan jalan itu yang pertama di Kedah dan siap dipasang pada Selasa lalu.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, garisan jalan berkenaan akan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Ujar beliau, cahaya matahari dikumpulkan dan apabila malam ia akan memantulkan cahaya yang terang. Jadi garisan ini akan membantu pengguna jalan raya memandu dengan lebih selamat pada waktu malam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mengulas lanjut, Mohamad Yusoff berkata, Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi dan mampu menjadi tarikan untuk pelabur mengusahakan ladang solar.

Malah katanya, sumber cahaya matahari yang tinggi menjadikan usahawan solar di Kedah hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding enam jam di negeri lain.

Sementara itu, JKR Padang Terap/ Pokok Sena dalam kenyataan di laman Facebook turut memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap itu sedang diuji di Jalan Padang Sanai-Durian Burung (K11), Kedah. – Buletin TV3

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JKR PT/PS

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply