ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery akan guna pendekatan user-centric global di Malaysia, tawarkan polisi servis yang kompetitif

Berita Global

Views

Sejak penubuhannya, Chery amat komited terhadap menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi pengguna global melalui pendekatan user-centric, ataupun mengutamakan pengguna, untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.

Chery mengamalkan kaedah pengurusan penyelidikan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) untuk memastikan sejauh mana perkhidmatannya memenuhi keperluan dan kehendak sebenar pelanggan.

Menerusi reka bentuk tinjauan yang teliti, persediaan pra-selidik serta pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan, Chery mendekati para pelanggan dengan lebih mendalam, memahami gaya hidup, keperluan dan kehendak mereka secara menyeluruh, dan memanfaatkan pengetahuan ini untuk meningkatkan pengalaman dan kesetiaan pelanggan.

Selain mendengar isu pelanggan melalui penyelidikan aktif, Chery juga telah membangunkan saluran perkhidmatan atas talian bagi membolehkan tindakbalas dan penyelesaian yang cepat.

Platform data OTA (over-the-air) bukan sahaja boleh mendiagnosis kenderaan secara bijak dari jauh, malah menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian dalam awan (cloud).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Aplikasi mudah alih global yang beroperasi 24 jam juga membolehkan respons pantas kepada isu pelanggan. Pelanggan juga boleh membuat janji temu servis dengan mudah.

Maklumbalas pelanggan di media sosial juga sentiasa dipantau, ditambah dengan tindakbalas cepat daripada pasukan selepas jualan Chery bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.

Pasukan teknikal global Chery menjadikan perusahaan automotif terkemuka dunia sebagai penanda aras, dan sejak 2002, syarikat tersebut telah menganjurkan pelbagai pertandingan kemahiran servis global yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja teknikal dan mencungkil bakat berkualiti tinggi.

Bakat-bakat teknikal dari Brazil, Chile, Argentina, Mesir serta negara-negara lain bersaing di pentas yang sama, mencerminkan daya saing global Chery dalam bidang teknologi dan perkhidmatan selepas jualan. Kepuasan pelanggan tidak hanya dicapai melalui penyelesaian isu.

Di peringkat global, Chery berusaha keras untuk mengadaptasikan perkhidmatannya mengikut pasaran, termasuk mewujudkan identiti korporat bagi ruang istirahat tetamu yang mengambil kira adat dan tradisi tempatan, membawakan pengalaman perkhidmatan peringkat VIP kepada para pengguna di seluruh dunia.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pada Julai, JD Power telah mengeluarkan keputusan 2022 China Sales Service Satisfaction Study (SSI) dan Chery sekali lagi menduduki tempat kedua dari segi kepuasan jualan di kalangan jenama China.

Pada Ogos, dalam 2022 New Car Attractiveness Index Survey Report JD Power, Chery meningkat lapan kedudukan ke tempat ke-15 dalam kalangan jenama arus perdana. Model Arrizo 6 Pro menjuarai kategori sedan bersaiz sederhana manakala Tiggo 8 Pro Max menduduki tempat kedua dalam segmen SUV mid-size.

Perkhidmatan Chery merangkumi seluruh kitaran hayat pemilikan kenderaan, dan syarikat tersebut telah membina reputasi yang kukuh di kalangan pengguna global sebagai syarikat yang mengamalkan pendekatan perkhidmatan yang mesra dan mengutamakan pengguna.

Chery akan memanfaatkan pengalaman global ini bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia, mengutamakan pengguna melalui rangkaian jualan dan selepas jualan baharu di seluruh negara, serta menawarkan polisi servis yang kompetitif.

Chery akan terus berusaha untuk membina dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia melalui penyelidikan pasaran yang menyeluruh, memahami keperluan dan kehendak mereka dan secara berperingkat, mengoptimumkan serta mengembangkan perkhidmatannya untuk memberi kepuasan penuh kepada rakyat Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply