Chery secara rasmi membuka tempahan bagi model Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran Indonesia bersempena dengan Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) yang kini sedang berlangsung sehingga 21 Ogos 2022.
Dua model Tiggo Pro Family tersebut ditawarkan dengan waranti kenderaan enam tahun/150,000 km serta waranti enjin 10 tahun/satu juta km. Tiggo 8 Pro merupakan SUV tujuh tempat duduk dengan ciri-ciri premium yang terserlah melalui falsafah reka bentuk ‘Life in Motion 3.0’.
Ia menampilkan jeriji hadapan berlian matriks geometri serta lampu hadapan LED, manakala pada bahagian dalaman, susun atur kokpit-sekeliling mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.
Tiggo 8 Pro didatangkan dengan sistem audio lapan pembesar suara Sony, pencahayaan ambien pelbagai warna, bumbung panoramik serta upholsteri dwi-tona hitam dan coklat.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
SUV ini mempunyai tiga skrin iaitu panel instrumen 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infohibur yang membolehkan kawalan hampir semua fungsi kenderaan sambil mengintegrasikan ketersambungan peranti mudah alih.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi 12 fungsi termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Rempuhan Hadapan (FCW), dan juga kamera 360 darjah.
Tiggo 8 Pro dijana enjin siri ACTECO generasi ketiga 1.6 TGDI yang menyalurkan 197 PS dan 290 Nm daya kilas kepada roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan. Dibangunkan oleh Chery, transmisi tersebut mempunyai kecekapan sebanyak 96 peratus.
Tiggo 7 Pro pula merupakan ‘adik’ kepada Tiggo 8 Pro yang turut menampilkan jeriji hadapan berlian matriks geometri dengan bucu lebih tajam, lampu hadapan matriks LED pintar, lampu belakang through-type serta gaya bumbung terapung.
Ruang dalaman Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan panel instrumen LCD tujuh inci, skrin kawalan tengah 10.25 inci, skrin kawalan iklim lapan inci serta kamera 360 darjah. Tiggo 7 Pro turut didatangkan dengan pintu belakang elektrik induktif, pengecasan peranti pintar nirwayar, tuil gear elektronik dan arahan suara.
Untuk lebih keselesaan, ia dipasang dengan suspensi hadapan topang MacPherson bebas dan multi-link di belakang.
Kesemua varian didatangkan dengan tempat duduk kulit, penghawa dingin dwi-zon automatik, enam beg udara dan kawalan kestabilan Bosch, manakala lebih 10 fungsi ADAS tersedia, termasuk kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan.
Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro serta OMODA 5 merupakan antara model Chery yang sedang dirancang untuk pasaran Malaysia. Chery kini sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan ke arah mewujudkan operasi pemasangannya di sini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI