ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIDA dan Perodua ‘ganding bahu’ mantapkan pembekal automotif tempatan dalam digitalisasi

Berita Tempatan

Views

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perodua sedang bersiap sedia melalui perkongsian strategik mereka dengan memperkenalkan Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua yang telah diadakan hari ini di ibu pejabat MIDA.

Program ini bertujuan untuk menaiktaraf pembekal automotif tempatan ke peringkat seterusnya dengan menggunakan teknologi dan jentera termaju serta mendigitalkan proses pembuatan mereka dengan menggunapakai Industri 4.0.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman, kerjasama di antara pihaknya dengan Perodua yang bermula sejak tahun 2020 adalah penting bagi memastikan keupayaan pemain tempatan dalam industri automotif terus kukuh.

Di bawah inisiatif MIDA, untuk memberi kemudahan kepada syarikat-syarikat menggunapakai pendigitalan dan Industri 4.0, mereka berjaya menyumbang kepada pertumbuhan besar pembuatan Perodua, melalui pemerkasaan rakan kongsi industri dan penyedia perkhidmatan.

Untuk tahun 2022, MIDA meneruskan inisiatifnya melalui seminar pelaburan domestik, penglibatan dengan persatuan-persatuan dan dewan-dewan perdagangan kebangsaan, program rantaian industri/rantaian bekalan serta komitmen platform penyelarasan pelaburan domestik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

MIDA akan berusaha menyelaraskan sesi pemadanan perniagaan antara syarikat-syarikat utama dan bakal pembekal/penyedia perkhidmatan tempatan dalam industri tertentu, daripada pengaturan rangkaian untuk syarikat-syarikat dan bakal pembiaya serta penyedia teknologi.

Sehingga 30 Jun 2022, 238 syarikat milik rakyat Malaysia telah diluluskan dengan geran perniagaan bernilai RM138.5 juta. Penerima adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada industri intensif buruh seperti plastik, kayu, perabot dan tekstil, manakala selebihnya daripada industri berkaitan perkhidmatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad pula berkata, program ini adalah sejajar dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan dari segi rantaian bekalan dan nilai, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan pengkomersilan.

Ia telah memberi petunjuk yang memberangsangkan kerana para peserta kumpulan pertama telahpun melaksanakan projek cadangan mereka.

Program ini adalah untuk mempamerkan kemajuan projek kumpulan pertama serta mengalu-alukan kumpulan kedua ke projek tersebut kerana mereka juga turut membentangkan idea Industri 4.0 yang boleh dilaksanakan di dalam operasi mereka.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Fasa pertama perkongsian strategik MIDA-Perodua telah melahirkan tiga (3) rakan kongsi niaga Perodua yang berpotensi, termasuk LSF Technology Sdn.Bhd., J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. dan Autoliv Hirotako Safety Sdn. Bhd.

Ketiga-tiga syarikat ini juga telah diberikan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu syarikat tempatan memasuki rantaian bekalan global.

Di bawah program seumpama ini, MIDA dan Perodua telah mengenal pasti lima (5) vendor baharu yang telah menunjukkan potensi dan berpeluang untuk berkembang. Ini termasuklah Armstrong Auto Parts Sdn. Bhd., Ingress Aoi Technologies Sdn. Bhd., Namicoh Suria Sdn. Bhd., P.D. Kawamura Kako Manufacturing Sdn. Bhd. dan Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.

MIDA, sebagai agensi promosi utama Malaysia, akan memperluaskan perkhidmatan sokongan mereka untuk membantu lebih banyak syarikat memperoleh pertumbuhan dari segi produktiviti, bakat dan merapatkan jurang kewangan dan teknologi.

Agensi itu yakin melalui kemudahan dan langkah pemerkasaan seumpama itu, pemain automotif ini akan dapat meningkatkan penawaran perniagaan dan kepakaran mereka untuk menginovasi produk dan perkhidmatannya serta meningkatkan ekosistem rantaian bekalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply