ARKIB

KATEGORI

Tular

Cikgu Ahmad ‘dapat hadiah’ Perodua Aruz dari bekas pelajar TKC

Berita Tempatan

Views

Tindakan sekumpulan bekas pelajar mengumpul wang bagi menghadiahkan sebuah kenderaan kepada guru mereka yang mahu bersara mendapat pujian orang ramai.

K! ONLINE melaporkan, melalui satu hantaran di media sosial, difahamkan kumpulan bekas pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) tahun 1980 sehingga 2021 itu telah membuat kutipan untuk membayar sebuah Perodua Aruz secara sekaligus sebagai tanda menghargai jasa guru mereka yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad Bidin, 58.

Lebih menarik, nombor pendaftaran kereta tersebut juga membawa makna tersendiri di mana merupakan nama guru tersebut serta tahun beliau mula mengajar dan bersara.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tambah hantaran itu katanya, guru terbabit bertugas sebagai guru matematik dan matematik tambahan di TKC sejak tahun 1985.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai memuji usaha pelajar-pelajar tersebut selain menganggap guru berkenaan pasti amat dihargai oleh pelajarnya.

“Mesti cikgu ni baik sangat dengan pelajar-pelajarnya sampai pelajar hargai dia begini sekali. Guru yang baik pelajar akan kenang sampai bila-bila,” kata natadecoco.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

“Tahniah cikgu. Berjaya lahirkan pelajar hebat yang tak pernah lupa jasa cikgu. Selamat bersara Cikgu Ahmad. Enjoy your retirement period,” kata Amalina.

Dalam pada itu cikgu Ahmad berkata, dia masih tergamam dan tidak tahu sebab utama semua pelajarnya menghadiahkannya kereta.

“Tidak terkata, kenapa mereka sanggup kumpul puluhan ribu duit untuk saya, apa-apa pun terima kasih semua,” jelasnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saleh Ibrahim

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply