ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Opel Mokka sedang diuji

Foto Intip

Views

Sebenarnya ini kali pertama kami memperolehi foto intip SUV kompak, Opel Mokka meskipun ia pernah disiarkan di beberapa portal rakan media yang lain.

Kelibat unit ujian yang menggunakan plat dagangan negeri Kedah itu hanya ditampal dengan pelekat hitam pada bahagian logo dan rim, sempat dirakam oleh warganet bernama Juz Digitz.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tidak dipastikan di mana penemuan unit ujian tersebut dan ia sedang giat diuji oleh pihak Stellantis yang menjadi pemilik baharu NAZA Automotive Manufacturing Sdn Bhd serta kilang pengeluarannya di Gurun, Kedah.

Model yang dibangunkan dari pelantar Efficient Modular Platform (EMP1) ini ditawarkan dalam pilihan trenkuasa petrol, diesel dan juga elektrik sepenuhnya atau Mokka-e.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang menjana 136 kuasa kuda dan 260 Nm daya kilas. Mokka-e menggunakan bateri berkapasiti 50 kWh dengan jarak perjalanan sekitar 320 km setelah dicas penuh.

Tidak dipastikan versi manakah yang akan ditawarkan di Malaysia oleh Stellantis, namun berkemungkinan besar adalah versi petrol. Pengedar rasminya juga masih belum diketahui, memandangkan masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Stellantis.

Adakah jenama Opel akan diedarkan oleh pengedar baharu untuk pasaran Malaysia? Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Juz Digitz

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply