ARKIB

KATEGORI

Buletin

Combi Malaysia lancar kerusi keselamatan kanak-kanak terbaharu ‘CrossAge 360’

Berita Tempatan

Views

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaporkan, kanak-kanak yang dibawa dalam kenderaan persendirian seperti kereta, van, dan pacuan empat roda adalah antara yang paling terdedah kepada bahaya di jalan raya.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 43.8 peratus daripada kecederaan dan kematian melibatkan kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun, dan 30.2 peratus bagi yang berusia 5 hingga 9 tahun.

Dengan peningkatan kebimbangan terhadap keselamatan jalan raya, kajian ini menekankan betapa pentingnya perlindungan penumpang kanak-kanak dalam kenderaan persendirian.

Sebagai respon kepada peningkatan kes kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya, Kementerian Pengangkutan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1978 – Peraturan Tali Pinggang Keledar Kenderaan Bermotor (Pindaan) 2019.

Pindaan ini menggariskan bahawa kanak-kanak yang beratnya kurang dari 36 kg, ketinggian kurang dari 135 cm, atau berumur di bawah 10 tahun, wajib menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) semasa menaiki kereta.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Wakil Combi Malaysia, Eris Chew berkata, walaupun ia masih di peringkat kajian, pihaknya menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak sekarang.

Tambahnya, CRS telah terbukti berkesan dalam mengurangkan tahap kecederaan dan risiko kematian kanak-kanak dalam kemalangan.

Chew juga menyedari cabaran yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia dalam menggunakan CRS, termasuk kos yang dianggap tinggi dan kurangnya kesedaran.

Di Combi Malaysia, pihaknya komited untuk merapatkan jurang ini dengan meningkatkan kesedaran dan menyediakan penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai dan mampu dimiliki oleh keluarga.

Sempena majlis pelancaran di kedai utama Combi Malaysia di Mid Valley Megamall, jenama peralatan bayi dari Jepun itu memperkenalkan inovasi terbaharunya, iaitu CrossAge 360.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ia merupakan tempat duduk kereta keluaran Jepun pertama yang direka untuk bayi yang baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 10 tahun.

CRS ini telah diuji untuk memenuhi piawaian keselamatan terkini iaitu Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu No. 129 atau R129.

CrossAge 360 mempunyai ciri-ciri seperti tempat duduk yang boleh berputar 360° dan operasi putaran mudah dengan satu tangan bagi memberikan kemudahan dan ketenangan kepada ibu bapa.

Tambah Chew lagi, pihaknya berbangga untuk meneruskan lebih enam dekad pengalaman bagi membawa produk yang mengutamakan keselamatan dan meningkatkan perjalanan keibubapaan.

Combi Malaysia berharap dapat menetapkan standard baharu untuk keselamatan penumpang kanak-kanak di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply