ARKIB

KATEGORI

Tular

Cristiano Ronaldo dapat hadiah Rolls-Royce berharga RM1.6 juta sempena Krismas

Tular

Views

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah kereta Rolls-Royce serba baharu sempena Krismas oleh pasangannya, Georgina Rodriguez, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bekas bintang kelab Manchester United itu terkejut menerima kenderaan tersebut dengan cat yang masih berkilat pada pagi Krismas lalu.

Rodriguez, 28, menghiasi kereta tersebut dengan reben merah terang sebagai hadiah kepada Ronaldo, 37, yang pernah memenangi anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d’Or sebanyak lima kali.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pada mulanya, Rodriguez membawa Ronaldo pergi ke sebuah taman, di mana kereta mewah yang dianggarkan berharga £300,000 (RM1.6 juta) itu diparkir sebelum mendedahkan hadiah itu di hadapan anak-anak mereka.

Ronaldo berharap kegembiraan pada perayaan Krismas kali ini dapat dibawa ke Tahun Baharu 2023 yang mana dia akan mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply