ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba cetus provokasi dan nyaris langgar anggota polis – Pemandu mabuk diberkas

Views

Tindakan seorang pemandu mabuk melakukan provokasi selepas nyaris melanggar anggota polis mengundang padah apabila dicekup di Persiaran Raja Muda Musa di Klang, awal pagi tadi.

Menurut K!ONLINE, dalam kejadian pukul 1.50 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu kereta BMW berkenaan dipercayai memandu laju dan sempat berhenti di sekatan jalan raya tersebut.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, ketika kejadian sepasukan anggota polis trafik menjalankan Ops Mabuk di laluan itu bermula kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, suspek ditahan selepas didapati membuat provokasi dengan cuba menghalang tugas dan nyaris melanggar anggota polis.

Selain menemui botol minuman keras di dalam kereta itu, hasil saringan kandungan alkohol lelaki berkenaan didapati melebihi had dibenarkan. Justeru, suspek diberkas dan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Jelas Rahmat, pemandu itu bagaimanapun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan sebanyak 35 saman dikeluarkan termasuk kesalahan tiada lesen memandu dan pengubahsuaian kenderaan hasil pemeriksaan terhadap 75 kenderaan.

Tiga individu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply