ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lampu merah, dua beradik koma dirempuh lori

Views

Dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori kurier di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), malam tadi.

Berita Harian melaporkan, dalam nahas jam 8.40 malam itu, Anis Athirah Nor Azlan, 28, dan adiknya, Nur Aima Natasya, 19, beralamat di Kampung Anak Ikan Dalam Jabi, Jerteh, Terengganu, parah pada beberapa anggota badan.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Difahamkan, Anis Athirah yang menunggang motosikal Honda Wave dan dibonceng adiknya, dalam perjalanan dari Ampang, Selangor untuk bertemu tunangnya di sebuah kem tentera di Sungai Udang.

Rakaman video nahas berkenaan turut tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata dua beradik perempuan itu masih koma dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Katanya, siasatan awal mendapati dua beradik itu dari arah Plaza Tol Simpang Ampat menghala Alor Gajah sebelum membelok ke kanan lampu isyarat, namun pada masa sama datang sebuah lori dari arah bertentangan yang meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau dan berlaku pelanggaran di tengah-tengah persimpangan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Akibatnya kedua-dua mangsa perempuan parah di beberapa anggota badan dan dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Pemandu dan kelindan lori, kedua-duanya berusia 28 tahun tidak cedera, diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.

Arshad berkata, kenderaan terbabit nahas itu turut ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply