Seorang kakitangan khidmat pelanggan, Syed Muhd. Tirmizi, 27, tidak pernah menyangka penyertaan tunggal yang dihantarnya untuk peraduan MR D.I.Y. x P&G Buy & Win 2.0 baru-baru ini telah berjaya memberi tuah sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah utama sebuah Proton X50.
K! ONLINE melaporkan, warga Kuching, Sarawak itu berkata, ini merupakan kali pertama dia memenangi peraduan sepanjang hidupnya. Katanya, dia sudah pun memiliki kenderaan sendiri, jadi hadiah ini akan diberikan kepada ibu bapanya.
JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring
Kereta yang digunakan mereka juga telah berusia 10 tahun dan sudah tiba masanya kereta itu ditukarkan kepada kenderaan baharu. Tambahnya, mereka pasti akan gembira.
Peraduan tersebut yang merupakan kerjasama antara peruncit barangan pembaikan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. dengan Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G) menyaksikan 556 pemenang bertuah lain membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk dua pemenang tempat pertama yang menerima sebuah iPhone 12 Pro Max.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Empat pemenang tempat kedua menerima iPad, manakala 550 pemenang saguhati mendapat baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM100 setiap seorang.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata, syarikatnya tidak hanya menawarkan barangan berkualiti pada harga rendah, malah pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan buat pelanggan setia yang datang berkunjung sepanjang tahun.
Ujarnya, kerjasama kedua mereka dengan P&G sekali lagi berjaya menarik minat pelanggan dan pihaknya berterima kasih kepada mereka yang berjaya menganjurkan peraduan yang menyeronokkan, buat pelanggan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI